Thursday, July 31, 2008

Warkah buat temanku Ar-Rijal dan An-Nisa'



Teman,
Atas tautan ukhwah...Juga atas satu dasar yang kukuh nan aqidah
muslim...
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman ....

Wahai temanku an nisa'
Engkau sedia maklum Engkaulah hiasan dunia...antaran fitrah itu
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki ....Dan itu sememangnya
bukan kesalahanmu

Wahai temanku ar rijal....
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki...Yang seringkali
mengimpikan teman di sisi Dan tentulah teman yang diimpikan seorang
serikandi ..
Wahai temanku an nisa....

Aku mengetahui halusnya perasaanmu..
Engkau ingin disayangi..ingin dimanjai
Engkau juga ingin menyayangi juga ingin memanjai..Dan aku juga tahu
temanmu ar rijal juga bagitu ..Tetapi temanku an nisa' ketahuilah
engkau ..Bercinta itu fitrah..Tetapi janganlah engkau cemarkannya
dengan fitnah..
Kalau benar engkau mengasihinya. . Kasihinyalah kerana Pencipta fitrah
Dan jika benar engkau mengasihinya keranaNya..Engkau tidak akan bias
melunakkan suara engkau ..Engkau tidakkan bisa melemparkan panahan
menggodamu ..Kerana engkau tahu,Itu bisa menggoyahkan iman seorang
ar rijal
Dan engkau mengetahui Dia mempunyai 9 akal dan 1 nafsu..Namun nafsu
itu sentiasa beraja Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu
itu nafsu raja yang menggila Kerana engkau tahu dia akan
terjerumus.. .ke dalam api yang membara Andai dia menjadi hamba raja
nafsu yang gila...Adakah benar engkau mengasihinya keranaNya

Wahai temanku ar rijal...
Andai engkau mencintainya Cintailah ia keranaNya... Letakkanlah Dia
melebihi cintamu kepada dia...Andai engkau mengasihinya
keranaNya... Engkau tidak akan bisa mengajaknya bermukah di taman
sepi...Kerana engkau tahu dia punya 9 nafsu dan 1 akal ...Tetapi
manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu
Andai angkau mengasihinya keranaNya... .Engkau tidakkan bisa
menyentuhnya Walaupun yang ringan ringan...Kerana engkau tahu itu
sudah menghampiri zina
Dan engkau tahu bukan ..Zina tempatnya di api yang menjunam...Apakah
engkau benar mengasihinya andai engkau relakan dia terjun ke neraka

Sahabatku an nisa'.. sahabatku ar rijal....Aku mengasihimu LILLAH...
Lantaran itu dengarlah sedikit pesan ikhlasku lillah....
Manusia mana yang mampu hidup tanpa cinta...Tetapi letakkan cintamu
kepadaNya yang Hakiki,engkau akan merasa cinta manusia sedikit cuma.
Andai DIA yang engkau dahului ...Engkau tidakkan gelisah andai dia
tidak mengirim sebarang sms,andai suaranya tidak didengar walau
teknologi di depan mata ..
engkau tidakkan rindu andai sehari tidak bersua...
engkau tidakkan kecewa andai dia terlupa mengatakan I love u
kerana engkau percaya DIA yang terbaik..
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu
DIA akan satukan juga hatimu dengan hatinya
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian...Kalau ada jodoh tidak ke mana
yakinlah
Apakah benar engkau meyakini takdirNya... maafkan aku
teman ...Bicaraku penuh ketegasan
Aku tidak membencimu ... Tetapi aku membenci mungkar itu
Dan kerana aku takut akan api yang menjunam itu
Aku menegur mu mana mampu...Kerana aku takut andai aku tidak
menegurmu

Kita kan sama sama meredah lautan api yang terlalu pedih
Yang terlalu seksa yg terlalu azab...Na 'uzubillahi min zalik
Sama-samalah teman...Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas Cintailah DIA kerana DIA lah penjaga
iman kita
Yakinlah dengan DIA ...Serahkan segalanya pada DIA
Kerana DIA tahu yang terbaik sedangkan kita tidak...wAllahua' lam

Akhirul kalam...Letakkan DIA dalam hatimu...
Engkau akan merinduiNya andai harimu tiada ingatan kepadaNya
Engkau akan gelisah andai DIA tidak mendengar rintihanmu
Engkau akan rindu andai DIA tidak memandangmu
Engkau akan tak keruan andai doamu ditolak
Dan itulah cinta hakiki...Kerana kau yakin di sana adanya sebuah
pertemuan
Di taman syurga yang indah.

1 comment:

monera said...

MABUK CINTA!!!


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."