Monday, July 28, 2008

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?



Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.


1 comment:

monera said...

wanita itu persis sekuntum bunga yang mewangi atau persis mutiara yang menyinar....? ('?')

Jika kita lihat dgn mata kasar..
kedua2nya cantik dan indah..
namun disebalik keindahan itu ada kelemahannya..

Bunga yang mekar cantik dipandang mata..
tetapi awas sekali dipetik ia terus layu,hilang kecantikan layu sudah,ia cantik dan mewangi..tetapi untuk apakah itu semua?jwapannya adalah untuk tatapan kumbang..

Jika kita lihat..mutira yang menyinar..
adakah kita sentiasa dapat melihat sinarannya?kerana mutiara cukup susus untuk digapai..dan jika kita mampu mengapainya maka ia susah untuk dibuka kerana ditutpi dgn suatu hijab yang membuatkannya lebih berharga dan bernilai..tetapi pasti akan ada yang dapat membukanya..org itu adalah lelaki yang betul mantap untuk menjadikan mutiara itu miliknya kerana mutiara yang bersinar itu mahal harganya..
orang itulah yang bergelar suami..

Jadi apakah wanita solehah itu sekuntum bunga atau persis mutiara?

Jawablah sendiri... =)