
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagian. Dia menahan di sisi-Nya sebanyak sembilan puluh sembilan dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagian. Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain sehinggakan binatang mengangkat kaki dari anaknya takut terpijak atau menyakiti anaknya.
Dari Abdullah bin Umar R.A:
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar, iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.
Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya:
"Wahai Rasulullah, mengapa kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka."
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal daripada golongan kamu."
Wanita itu bertanya lagi:
"Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?"
Rasulullah s.a.w menjawab:
"Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah dikatakan dengan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama." (Hadis Riwayat Muslim)
Hadis ini tidak lain tidak bukan menjadi peringatan kepada para muslimah. Peringatan yang sangat berguna kerana ia lahir dari kenyataan yang bakal terjadi. Lafaz tutur yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w selepas peristiwa Israk wal Mikraj. Gambaran-gambaran yang ditunjukan kepada Rasulullah s.a.w merupakan peringatan paling berguna yang tidak boleh dipancang remeh.
Maka, bersedialah wanita. Beruntung dan bersyukurlah kamu yang bersuamikan lelaki soleh. Peringatkanlah selalu kepada suamimu supaya tidak lalai memperjuangkan agamamu. Taat dan patuhlah selagi ia tidak melanggar atau melampaui dinding syarak.
Jangan disia-siakanlah waktu sucimu, kerana kamu mempunyai waktu-waktu kotor yang membataskan kamu untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Peliharalah auratmu, kerana ia merupakan kewajipan. Berasa malu dan rendah diri jika ia dilihat atau diketahui oleh orang lain. Aurat yang terbuka boleh mengundang nafsu berahi orang yang melihatnya sehingga boleh mengundang perbuatan yang tercela.
Assalamualaikum WTH . ...
Kisah Palestin...kisah sedih...kisah duka...kisah sengsara...kisah yang hanya Allah sahaja tahu kesudahannya. Kini, dunia bulat ini diam, diam sepi tentang segala jenayah kemanusian hidup ke atas mereka yang bermati-matian mempertahankan sebidang tanah kecil yang mereka panggil sebagai rumah. Rejim Zionis durjana terus menerus menumpahkan darah umat Islam. Di mana undang-undang antarabangsa? Di mana Hak Asasi Manusia yang diperjuangkan manusia? Di mana umat Islam? Mereka sendiri diam, berpeluk tubuh, takut akan ancaman kafir laknatullah. Kesenyapan dunia itu, pencetus perbuatan binatang ini terus menerus merobek setiap jasad-jasad halus mereka.
Aku kecewa...tawar hati akan kaum Arab dan kaum muslimin masakini. Kita, sekarang mudah dihina, dipijak, walaupun bilangan kita ramai namun, kita sangat lemah. Umat Islam hari ini bagai semut-semut hitam yang dipijak-pijak mereka, gembira..mereka gembira. Mulut kita hanya tahu berbunyi, tetapi kosong dalam strategi. Sementara minda kita terus dalam buaian, mereka terus membuat perancangan. Sementara komuniti kita terus berkelahi, mereka terus terorganisasi. Sementara kita bercakaran sesama sendiri, mereka terus bersatu hati. Kesal...aku kesal akan kondisi umat masakini.
Kisah palestin...setengah abad berlalu sejak tertubuhnya negara Zionis. Kejayaan demi kejayaan digapai mereka setelah termeterainya perjanjian antara Jeneral British, Balfour dengan golongan Yahudi Inggeris. Tanah merah itu menjadi saksi kekejaman Yahudi sejak itu. Zionis yang hanya 'beberapa kerat' itu telah mampu marampas Al-Quds dari tangan kita. Mengapa?
Al-Quds, tanah bagi para anbia', tanah di mana kiblat pertama umat Islam berada, tanah terjadinya Israq Mi'raj. Mengapa tanah suci ini hilang dari tangan kita? Di mana semangat juang kita? Aku kira, umat Islam kini pekak, benar kata sahabatku,
"kita makin pekak, bukan pekak ditelinga, tetapi pekak di hati"
Berapa ramai yang perlu dikorbankan agar kita dapat mendengar semula? Mungkin, baru semua umat Islam sudah licin disapu mereka, baru dunia hendak sedar? Adakah begitu yang harus dilakukan? Gusar...hidup kita kini diambang kemusnahan. Palestin menjadi penanda aras sejauh manakah kesungguhan kita terhadap Islam. Setiap hari, kita menatap sendiri kisah sedih rakyat Palestin. Di mana belas kasihan kita sebagai manusia? Kisah Palestin...saya punya pandangan sendiri. Ribuan, malahan jutaan dibunuh setahun, rumah yang dianggap syurga dilanggar kuat jentolak-jentolak yahudi, anak-anak hilang kasih ayah ibu, isteri-isteri menjadi balu, hujan-hujan peluru membasahi tanah merah itu. Saudara- seagama kita di sana menagih kasih dari kita di sini, namun apa yang kita balas? Alhamdulillah, masih segelintir yang sedar. Pertubuhan seperti Aman Palestin, sebagai contohnya adalah badan yang ditubuhkan khusus untuk membantu rakyat Palestin di mana aktiviti-activiti kemnusiaan menjadi teras matlamat pertubuhun ini, yang jelas sekali untuk meringankan kesengsaraan rakyat Palestin.
Namun, bagaimanakah umat Islam di Malaysia melihat isu palestin? Isu pertelingkahan dalam kalangan rakyat Palestin sesama sendiri menyebabkan kita muak memikirkan nasib saudara seagama kita. Apa, adakah itu boleh dijadikan alasan untuk kita terus berdiam, sebagaimana dunia ini diam. Tidak sama sekali, isu seperti ini perlu dilihat dari sudut pandangan yang berbeza. Konteks orang Islam sesama orang Islam perlu diterapkan dalam pemikiran kita, sebagai mana hadis Rasulullah SAW:
“Perumpamaan orang mukmin sesama mereka seperti jasad yang satu, sekiranya satu anggota merasa sakit maka seluruh anggota akan merasa sakit dan lemah”
“ dan barangsiapa yang tidak mengambil berat terhadap nasib umat Islam walaupun apa bangsa, warna kulit dan kedudukan maka bukanlah dikalangan mereka”
Maka di atas asas inilah kita melihat krisis di Palestin, kita perlu peka, bukan memekakkan telinga ini. Asas di mana, kita ini saudara seagama, satu jasad, satu masyarakat, satu ummah, perlu dicurahkan dalam aliran saraf-saraf agar sebati dengan jasad yang dipinjamkan ini. Alhamdulillah, bumi Malaysia masih aman, namun kita jangan alpa dan leka akan kisah Palestin yang kini bagai telur dihujung tanduk, yang hanya menunggu dilanyak habis tentera-tentera Yahudi.
Sedarlah, kisah saudara kita di sana perlu kita hayati, selami dan jiwai. Bantuan kita, insyaAllah akan membantu mereka. Kisah sedih ini perlu di'edit' semula menjadi kisah gembira, kisah kejayaan, kisah kegemilangan bagi umat Islam sejagat. Semoga kepimpinan kita pada hari ini dapat mewujudkan kesedaran dalam setiap kotak hati insan-insan yang bergelar rakyat Malaysia , kerana kepimpinan yang cemerlang melahirkan rakyat yang gemilang, bak kata orang tua-tua ' Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan'
Wassalam
"benih" akan terus-menerus ditanam di bumi ini demi "tugas suci"-Nya sampai ditiupnya sangkakala.. .......
sumber: i luv islam
Katanya Kau Seorang Pejuang..
katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga
katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah
katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension
katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta Allah dan rasulNya
katanya kau seorang pejuang
kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari
katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha
katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad
katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya
katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan
katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat
katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya
katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?
katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerana tidak berdakwah
katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah
katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir
katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah
katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk
katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat
katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat
katanya kau seorang pejuang
kau masih malas mencari ilmu agamamu
katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain
katanya kau seorang pejuang
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah
katanya kau seorang pejuang
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih
katanya kau seorang pejuang
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat
katanya kau seorang pejuang
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat
katanya kau seorang pejuang
kau masih ragu dengan apa yangkau infakkan
katanya kau seorang pejuang
hafalanmu saja masih jauh lagi
katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang
katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia
katanya kau seorang pejuang
kau masih seperti dahulu...... ....
Apa yang berubah pada dirimu wahai pejuang? Insaflah..dan tanamkan azam baru utk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Sama-sama usaha utk tingkatkan amal…insyaAllah
Salam Tahun Baru 1430 Hijrah
