Tuesday, June 17, 2008

Wahai Muslimah...

Wahai Muslimah
Kelumbungmu hijab yang memelihara kehormatan kami.
Suatu rahmat bagi kami, kekuatan agama kami, asas umat kami.
Bibir putera-puteri kami mereguk susu di dadamu,
Sejak mula belajar menyebut kalimah La ilaha illallah,
Cintamulah yang mencorakkan pemikiran kami, kata-kata kami, amalan kami,
Panahan kilat kami beradu dalam awanmu,
Berkemilau di gunung, menyapu tanah pamah.

Wahai Muslimah Tinggi, tinggi, keinginan yang bergelut dengan dirimu!
Teladan sempurna,
Fatimah ‘Afifah itu,
Meskipun sekalian makhluk mentaati suruhannya,
Namun ia menenggelamkan iradatnya dalam keredaan suaminya yang salih.
Terdidik tabah dan rendah hati,
Sedang bibirnya mentilawah kitab suci,
Ia memutar kisaran gandum di rumahnya
Insaflah sentiasa akan teladanmu, Fatimah
Agar dahanmu akan membuahkan Hussin yang baharu,
Taman sari kita berkembang mekar dengan zaman kencana.

Sape Paling Canggih

Sape paling canggih...

Tahun lepas sainitis Russia korek
tanah sedalam 100 meter, diorg
terjumpa la kesan wayar copper yg
berusia 1000 tahun... and membuat
kesimpula n bahawa nenek moyang mereka
ade telephone network... .woo bes..

Pas tu, saintis Amerika tak puas ati,
diorg pun korek gak, sedalam 200
meter... diorg lak terjumpe talian
fiber optic lama yg dipercayai berusia
2000 tahun... lalu membuat kesimpulan,
org US 1000 tahun lagi advance dari
org Russia dalam komunikasi telefon yg
lagi canggih dari diorg... ..pergh
canggih.. .

Saintis Malaysia plak try try gak,
diorg korek sedalam 500 meter... pastu
diorg report la, diorg tak jumpe
ape2... ..so diorg wat kesimpulan;
5000t ahun dahulu nenek moyang org
melayu sudah tahu menggunakan
tekno logi wireless! hehehe...
bangga. .bangga MalaysiaBOLEH!! hahaha

Tuesday, June 10, 2008

Mawar Berduri....

Ya Allah,
Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,

Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati,

Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,

Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,

Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami...

Thursday, June 5, 2008

KELEMAHAN ITULAH KECANTIKAN WANITA

"Diciptakan wanita itu, lembut fitrahnya…
Halus kulitnya, manis tuturnya…
Telus hatinya membisik di jiwa…
Bukanlah wanita itu lemah…
Bukanlah wanita itu sering bertemankan…
Tangis dan sendu….

Tetapi disitulah tersimpan kekuatannya..
Menjadi “izzah” yang paling gah..
Malah lebih gah dari keegoaan seorang lelaki..
Lembut wanita bukanlah lemahnya…
Tapi lembut wanita kerana itu senjatanya…
Wanita yang beriman lebih tinggi martabatnya…
Dan wanita yang soleh itu…
Lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh…

Bukanlah fitnah kiranya ar-Rijaal dan an-Nisa’
Sama-sama mejaga kehormatan mereka…
Al-Haya’ itu wujud dalam diri setiap insan…
Wujudnya ia seiring dengan nafas insani..
Kerana Al-Haya’ itulah pakaian iman setiap wanita…
Indahnya Al-Haya’…tercipta sebagai pembeteng diri…
Leburnya Al-Haya’, runtuhlah imannya…

Diciptakan wanita ibarat sebiji epal…
Epal yang tidak berkualiti…
Mudah dicari…kerana berguguran di tanah…
Tetapi epal yang tak mampu dicapai…
Epal yang berada di puncak..
Susah dipetik,susah digapai..

Diciptakan wanita itu indah budi pekertinya….
Dari rusuk si lelaki…
bukan dari kaki untuk dialasi…
Bukan dari kepala untuk dijunjung…
Tetapi dekat dibahu untuk dilindung..
Dekat juga di hati untuk dikasihi..
Indahnya wanita seindah mutiara kasih.